Muhasabah Diri....
Allah swt memang menjadikan manusia dalam keadaan lemah supaya kita sentiasa bergantung harap padaNya.. Belajarlah untuk meluahkan segala isi hati kita pada Allah SWT.. Meluahkan hati pada Allah bukan perkara mudah, ianya memerlukan keyakinan yang tinggi; keyakinan kepada kebesaran dan keagunganNya.
Rasa yang hadir tika setiap kenangan yang datang menjelma membuatkan kita selalu jatuh tersungkur dalam menghadapi realiti, bahagia itu bukan lagi milik kita.. Dan hari hari yang berlalu, melangkah kita dalam kegelapan menuju satu arah yang suram pada kita.. Sedang meronta mencari mana jauhnya pergi satu sinar cahaya dulu pernah kita punyai tapi kita sunyi dalam dakap sepi yang panjang..
Siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang telah di takdirkan keatas diri kita, apa yang lebih penting adalah selayaknya sentiasa taat dan bersyukur pada apa yang telah kita miliki sedangkan kita tidak pernah meminta-minta dulu.. Semuanya telah disediakan..
Sudah-sudahlah hidup dalam bayang-bayang sendiri. Yang lepas tu lepaskan lah. Kenapa ye susah sangat nak belajar untuk redha? Sebenarnya tak susah pun. Atas kehendak hati & minda kita sendiri. Bila dalam minda dah tetapkan macam tu, apa-apa nasihat dah tak mahu terima. Susahkan kalau macam tu. Sampai bila pun tak akan maju kalau macam tu. Pucuk pangkalnya diri kita sendiri. Kalau suka berada di tahap tu sahaja, Anim!! teruskan dengan angan-angan Mat Jenin tu!!
**sy sgt2 lemah....Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan utk melalui semua ini...
0 ulasan:
Catat Ulasan