Disember 10, 2014

HANDBAG PRELOVED

Assalammualaikum, ada beberapa item untuk di letgo... semua berada dalam keadaan baik & ada yang xpernah pakai, ada yg 2 3 kali je pakai... alasan utk di letgo, sbb terperuk je dalam almari...

Berminat??
Boleh hubungi saya melalui:
♡ whatsapp : 0125050564
♡ call/sms : 0136042546

 Item dalam gambar atas :
♡ brand charles & keith original (harga masa beli RM200++)
♡ jenis slig bag (ada tali panjang)
♡ didatangkan dengan bag cover
♡ pernah pakai sekali dua
♡ condition 9.9/10
 Item dalam gambar atas:
♡ brand carlo rino original (harga masa beli RM200++)
♡ jenis slig bag (ada tali panjang) dan boleh jadi clucth
♡ didatangkan dengan original card dan bag cover
♡ pernah pakai sekali dua
♡ condition 9.9/10
 Item dalam gambar atas :
♡ xde brand
♡ pernah pakai sekali shj
♡ condition 8/10
 Item dalam gambar atas:
♡beli di Hatyai tahun 2012
♡tidak pernah pakai
♡condition 9.9/10
  Item dalam gambar atas atas :
♡ xde brand
♡ pernah pakai sekali shj
♡ condition 8/10
Item dalam gambar atas:
♡muat utk letak telekung&mini sejadah
♡sesuai utk student,boleh bawak pergi kelas
♡pernah pakai sekali dua
♡condition 8/10

Ogos 13, 2014

SALE MATERNITY PILLOW / JUAL BANTAL IBU MENGANDUNG (2ndhand) SOLD!!

Assalammualaikum w.b.t....

Disini saya mahu menjual bantal untuk keselesaan ibu mengandung (seconhand)...
alasan ingin jual: saya tak pakai dan tiada ruang untuk menyimpan...

bantal sebijik mcm dlm gambar... siap bersarung dan boleh dibuka dan dicuci sarungnya... pada bakal2 ibu yg berminat boleh hubungi saya...

Harga Asal: RM250.00
Harga 2ndhand : RM150.00

SOLD!!


Ogos 11, 2014

SALE BAJU NIKAH


Assalammualaikum...

Saya nak jual baju nikah perempuan seperti didalam gambar ini... sepasang baju+veil+shawl... harga boleh runding... baju saiz S... baju design by Dwen Raha..


UKURAN BAJU

Bahu - 14.5 inci

Ukur lilit dada - 35inci

Panjang lengan - 22inci

Pinggang - 28inci

Punggung - 36 inci

Labuh kain - 39inci.


Alasan: memang dah xmuat nak pakai... hanya pakai sekali shj masa nikah... sesuai utk jadikan baju tunang juga...


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami melalui:


Whatsapp: 0125050564

Call/sms: 0136042546

# SERIUS BUYER ONLY

Oktober 16, 2013

Tips dan Persiapan Menyambut Bayi Baru

Persiapan Menyambut Bayi Baru

Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.

Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.

Pakaian Bayi

Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
Lampin

Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian

Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi

Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
Tidur

Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Penyusuan

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu

Untuk Checklist yang lebih lengkap, lihat bawah :-

Untuk Ibu
1) Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2) Kad Pengenalan
3) Telefon Bimbit
4) Baju/Blouses -5
5) Stokin - 2
6) Kain Batik -3
7) Baju/Seluar Dalam - 5
8) Skaf Kepala/Ki - 2
9) Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10) Majalah/Buku
11) Tuala Mandi
12) Maternity Pad/Pad Biasa - 1 pek
13) Tuala Muka - 1
14) Selipar -1
15) Kamera
16) Air/Minyak Selusuh
17) Minyak Angin
18) Air Zam Zam
19) Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
20) Termos Air Panas
21) Bag Plastik
22) Baju Sejuk (Sweater) -1
23) Sikat -1
24) Breast Pad - 4
25) Nursing Bra - 4

Untuk Bayi
1) Baby Diapers - 6
2) Baju - 3
3) Minyak Telon - 1
4) Baby Wipes/Wet Tissue
5) Tuala Mandi - 1
6) Stokin/Sarung Tangan Bayi - 4
7) Peralatan Mandi
8) Selimut/Bedung - 3
9) Barut - 5
10) Topi - 1

Keperluan Berpantang - Berpantang (Untuk Ibu) 
1) Jamu/Set Lepas Bersalin
2) Stokin
3) Baju Sejuk
4) Tungku
5) Selimut
6) Selipar
7) Buku/Majalah
8) Kain Batik
9) Bengkung/Barut
10) Maternity Pad/Pad Biasa
11) Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12) Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13) Minyak Angin/Urut
14) Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut, Roti)

Baby Gear - Baby Gear
1) Baju- Lengan Pendek - 8
2) Baju- Lengan Panjang - 6
3) Romper - 2
4) Seluar- Pendek - 8
5) Seluar- Panjang - 6
6) Sarung Tangan - 5
7) Sarung kaki - 5
8) Baby Bip - 2
9) Sapu Tangan - 3
10) Barut - 10
11) Topi

Diapering
1) Napkin - 1 pek
2) Lampin Pakai Buang - 2 pek
3) Diaper Wipes - 2 pek
4) Safety Pin
5) Changing Mat
6) Nappy Liner
7) Berus Lampin
8) Baldi Untuk Napkin
9) Beg Untuk Diapers
10) Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming
1) Bedak Bayi
2) Losyen Bayi
3) Minyak Bayi (Baby Oil)
4) Tisu
5) Sikat
6) Putik Kapas (Cotton Bud)
7) Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8) Nasal Aspirator (untuk selsema)
9) Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh -(biasa dibekal oleh pihak hospital)
10) Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11) Termometer
12) Vicks
13) Minyak Telon
14) Syringe for Medicine
15) Cotton Balls

Nursering
1) Selimut
2) Bedding set
3) Play Pen / Katil Bayi
4) Mainan untuk Play Pen / Katil
5) Kelambu
6) Bakul Baju Kotor
7) Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8) Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding 
1) Botol saiz S - 2
2) Puting Botol Susu - 2
3) Bottle Sterilizer
4) Berus Pembersih Botol
5) Penyepit Botol
6) Sterilising Tablet
7) Nipple Cream
8) Nursing Pad Washable - 2
9) Nursing Pad Disposal - 1 kotak
10) Breast Pump
11) Nursing Pillow
12) Nursing Bra
13) Termos

Travelling
1) Beg Bayi
2) Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3) MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4) Infant Carrier

Bathing
1) Tuala
2) Besen Mandi
3) Syampu
4) Sabun Mandi
5) Span
6) Gayung

Extra 
1) Penyangkut Baju Berklip
2) Permainan Bermuzik
3) Bumbo Seat
4) Baby Gym
5) Stroller / Jogger
6) Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7) Car seat
8) Album
9) Beg Bayi
10) Baby Sling
11) Nursing Cover
12) Nursing Clothes / Wear
Semoga bermanfaat (',')

Oktober 14, 2013

Jualan Stylish Blouse Chiffon yang Murah...

Assalammualaikum....

Kepada ladies2 kat luar sana yg mencari blouse Chiffon design terkini boleh la contact saya... jom2 membeli belah sementara stok masih ada... setiap design sgt limited, sy cepat dia yg dapat dulu... 

*Latest Blouse chiffon cutting besar, berat cantik,tak jarang dan tak perlu inner tau ^_^
*Material: nice cooling chiffon gred AAA♥
*sangat selesa,lembut & sejuk sgt

How to order?
If u like this item copy this item’s link and send a PM to me :  
Whatsapp/SMS: 012-5050 564 (arenim)















Ogos 20, 2013

Kehadiran Orang Ke3 Dalam Hidup Kami

Assalammualaikum w.b.t......

Tajuk entry jer mesti korang dah dpt agakkan... Syukur alhamdullillah, penantian selama 7bulan akhirnya membuahkan hasil ^_^ ... tapi sampai skrg masih belum percaya lagi yg aku bakal jadi IBU... heheheheheh.... 

Ceritanya begini, Raya ke3 aku dah start rasa sgt2 letih... keje aku nak tidurrrrrr....zzzzzz... nasiblah masa tu dah balik rumah abah n beraya bersama adik beradik aku. so, xdelah aku segan sgtkan..memang buat perangai la kan... tapi kecian kat en suami sbb kurang layanan daripada aku.... memang en suami terabai sekejap sebelum dpt tahu aku pregnant... nak dijadikan cerita...dari raya ke3 hingga raya ke6 aku dlm keadaan yg sgt2 malas, mengantuk, migrain dan tekak berasa payau... semua tu sikit pon xbgtahu suami sbbnyerrrrrrrr.......................^_^ (rahsia rumahtangga...hehehehhe...)

So, raya ke 7 dah start keje... masih larat la nak gi keje n nafsu makan ade lagi.... tapi dlm hati nie tergerak nak buat UPT (urine pregnant test)... tapi dlm masa yg sama, rasa takot bila dpt tahu keputusannye -ve.... sabarkan hati lagi nie.... ntah mcm mane, jumaat pagi tu bgn je tidur hati ni tergerak nak buat UPT... hati duk berdebar2 tunggu keputusan, alhamdulillah memang naik 2 line dan sgt terang... memang dah xsabar nak bagitahu en suami nie.... konon2 nak buat kejutan, aku pon tinggalkan la UPT tu siap nota kat sebelah remote TV... sbb aku bajet die sampai rumah akan capai remote TV dan perasan ade nota tu... dan aku pergi ke keje dengan perasaan berbunga2.... xsabar nak tunggu en suami balik kol 3ptg nnti....

tunggu punya tunggu, manelah tahu dier ade msg ke kan.... kol 4ptg xde berita...kol 5ptg pon xde pape... aku nak call, hp habis credit plak... sudahnya aku balik keje tu rupanya en suami xbalik lagi sbb dier OTY...aiiissssshhhhh....baru nak buat kejutan... :(

Sudahnya masa dier balik aku mandi, masa tu gak pintu bilik air kene gegar... sbbnye en suami baru baca msg aku... ^_^ dah nampak senyumannyer yg aku rindu selama seminggu tu..... hehehehehehheeh.... malam tu jugak dier ajak g klinik utk pastikan, dah pegi klinik pon dier masih xpercaya doktor tu ckp...hahahahahhaa.... 

** nie UPT dari klinik... alhamdulillah.... doc ckp dah 6minggu 1 hari masa nie...

**gambar nie membuatkan naluri keibuan aku semakin kuat mengatakan aku pregnant ^_^

Insyallah lagi 2 minggu, boleh la buat buku merah kat klinik panel... xsabar nak scan dan tengok ade janin dlm perut nie... doakan sy dan baby sihat walafiat ye kawan2... ^_^ semoga semuanya berjalan dengan lancar.... ameennnn.....

** wajah berseri2 ayah & ibu to be... 


Ogos 15, 2013

Jom Selesaikan Perkiraan Waktu Subur Anda...

Assalammualaikum.....

Bagi mereka yg baru berkahwin dan mencari waktu2 subur korangkan, kat sini aku sharekan cara utk mengira waktu subur korang.. alhamdulillah aku dah buat, perkiraannye memang tepat...cuma belum ada rezeki lagi... klu korang nak try xsalah kot... kita sama2 share, sbb masing2 nak anak kan... berusaha itu perlu disamping berdoa dan tawakal ^_^...

utk 1 st step, korang klik link SINI.... 
pastu ikot step aku bagi seperti didalam gambar dibawah....

2nd step, lepas korang klik 'calculate' tu... 
nanti akan kuar seperti dlm gambar bawah nie...

ikot perkiraan diatas, klu aku xdatang bulan lagi bulan nie dan ditakdirkan ade rezeki, insyalllah due date baby tu 9 April 2014... nak berharap sgt pon xboleh, harapan tetap ada...semoga ada perkhabaran gembira...ameeennnn... ^_^

**SEMOGA BERJAYA JUGAK UTK MEREKA YANG DAH BERKAHWIN DILUAR SANA

Ogos 14, 2013

Kisah Raya Kami

Assalammualaikum.....

Hari ni, tengah rajin nak cerita kisah raya kami.... tahun ni xdelah meriah sgt..sambut sederhana jer... sebabnyer, kami xde baju raya..hahahahhaha... alkisahnya, sepatutnya aku dan suami xbalik raya...en suami kene kerja malam raya sampai raya ke 4.... So, aku pon xdelah prepare ape2 pasal raya ni...cuma adalah sediakan kuih raya sikit klu2 ada org dtg rumah nanti, adalah nak dihidangkan..ngeee.... Nak dijadikan cerita, 1 hari sebelum Umat Islam nak menyambut raya ni... tetibe en suami nie dpt berita mesin kat tempat kerjanya rosak.... dan kami pon panjatkan kesyukuran sbb dpt jugak beraya bersama family di kampung... So, tempat keje suami tutup selama seminggu...alhamdulillah...6 hari kami beraya dikampung, memang puas....

Raya 1st & 2nd aku beraya dirumah en suami...memandangkan adik beradik ku sepakat nak balik raya ke3 dan abah pon raya kat umah mak mertuanya dulu...so, aku xdelah nak berebut2 balik kg kan...padahal kg en suami dan kg aku sebelah2 jer...kihkihkih... 2 hari tu byk habiskan masa dirumah, cuma raya 1st tu adelah pergi beraya 3 or 4 buah rumah sedara sebelah en suami...

 *family en suami, xde ldm gambar nie keluarga abg long xsampai lagi...

* kami di pagi raya... tema pink&purple

Masuk hari raya ke3, tengahari tu baru kami gerak ke rumah family aku... pastu kami semua terus ke rumah makude di MUAR sbb ada open house... memandangkan tengahri xmasak, open house lah kami serbu... dah alang2 kami ke MUAR, terus plan beraya ke rumah sedara-mara sebelah arwah mak... adelah dlm 4buah rumah, memang kenyang perut dibuatnyer.... dan disamping itu aku kenalkan la en suami pada sedara-mara sebelah arwah mak, sebab time kahwin dorang xdpt dtg... en suami pon pening dah nak igt... hehehehhe.... 

*kami yg nampak purple..... ^_^

Raya ke4 pulak, xde plan pon nak kemana, tetapi ade 1 rumah lagi sedara sebelah arwah mak xpegi... so dlm tengahari jugaklah pegi ke Muar semula.. sebab sedara-mara arwah mak byk duduk kat MUAR... 
disebabkan xmkn tengahri lagi, lepas beraya tu terus cari kedai makan ASAM PEDAS kat parit jawa... adelah 2 3 kedai dah buka, tapi memang penuh.... sudahnye kami pergi kedai yg agak tersorok dan xberapa ramailah... asam pedasnye agak kureng rasanya, tapi ikan sgt fresh.... dan harga pon berpatutan... kami makan 11 orang, lauk asam pedas ikan pari baru RM80.00++... sgt murah ok... kami bajet dah lebih RM150.00....  after makan terus balik... sbb dah xlarat dah.... malam dorang rancang nak beraya kat rumah family en suami...so, aku pon kene balik kejap tolong sediakan apa2 yg patut.... nasiblah dpt jodoh kg sebelah2.... ^_^

 *terima kasih kak long belanjer asam pedas... heheheheh

*raya ke4 kami tema merah&hitam

Raya ke5, kami semua bertolak ke KL sbb nak beraya sedara-mara sebelah Abah pulak... lagipun atok ada duduk KL dengn pakcik kat Puncak Alam, so, alang2 nak g tgk atok..kami pon beraya la ke rumah makcik2 kat KL gak... Pagi tu kami semua tgh bersiap dari dari Melaka, tetibe ayah & mak en suami dtg beraya, singgah jap sbb dorang tahu aku & en suami nak balik KL terus dah...lepas dorang balik kami semua konvoi tolak ke AMPANG rumah abg ngah aku...singgah sana mkn tengahari... pas zohor baru gerak ke PUNCAK ALAM raya rumah Pak Anjang sbb atuk duduk dgn dier... pas asar pegi rumah abg jib kat DAMANSARA...berhenti rhat jap kat rumah abg aku... sbb malam nak ke WANGSA MAJU pulak rumah makcik, adik kepada abah... So, dlm 1 hari tu 4 buah rumah kami beraya.. memang peewwaaaiiiii.... malam tu aku tido AMPANG...esok pagi dah balik NILAI.. fuuuuhhhh..... memang jalan raya sakan betul tahun nie... ^_^

* raya ke5-KAMI.... 
(nampak cam aku pregnant kan...moga2 ada cptlah ada isi..ameennn...)



Disamping ini, kami suami isteri ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika kami ada menyakiti hati secara sengaja atau tidak dan halalkan makan minum kami klu kami ada terambil secara sengaja atau tidak...

SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
TULUS IKHLAS DARI AMERANEM

Jun 26, 2013

HONEYMOON KRABI | DAY 3 - Sekitar Aonang Beach

Assalammualaikum w.b.t.

Hari nie sambung utk hari ke-3 kami disana, dlm pakej hari ke-3 kami FREE & EASY.. so sesuka hati ko lah nak buat ape hari tu...actually byk aktiviti ko boleh buat, tapi kami pilih utk merehatkan diri je hari tu... 

pagi kami Breakfist, lepas breakfirst lepak tepi pantai jap, pastu masuk bilik sambung tido..hahahahhaah.... Kol 1ptg kami bangun sbb perut rasa lapar...siap2 bagai kol 3ptg gaklah kuar bilik cari makan kat tempat 1st day kami lunch.. sbb dah malas nak fikir mkn mana... after makan, kami menyusuri la jalan tepi pantai tu sbb memang dah byk kedai2 utk korang membeli ole2..kene pandai tawar harga kdg2 sebelah mahal, sebelah murah.... dlm bab2 membeli nie, akula kepalanya.. sbb Hubby ku nie pemalu... dlm mulut ade emas..susah nk kuar suara... (ampun Hubby ^_^)

*papan tanda Resort kami menginap...

*menyusuri kedai2 yg ada, mencari apa yg dicari...

*penat shooping, lepak jap tepi pantai....

*buatkeje giler jap tepi pantai... hahahahha

*sepanjang pantai AONANG BEACH....

*kat belakang kami tu, sepanjang jalan kanan kiri ada kedai2 souviner... depan kami pantai... semuanye dekat2..memang senanglah klu duduk area2 Aonang Beach...

Jun 25, 2013

HONEYMOON KRABI | Day 2 - Tup Island, Chicken Island & Poda Island

Assalammualaikum...w.b.t

nie sambungan hari ke2, aktiviti hari ke 2 nie, kami seharian ke PULAU2 yg termasuk dlm pakej...kami akan singgah 3pulau dan 1pulau utk snorkeling ditengah laut... pagi tu resort sediakan breakfast,memang kami isi perut betul2nyer... notbad, cuma kat situ kurang lauk yg pedas... so, pukul 8.30 pg waktu Thailand, ada tut-tut dtg ambil kami... so, kami berjumpa lagi dengan satu family cina dari malaysia yg dtg sekali masa kat airport tu... 

kami semua dibawa ke tempat utk naik boat... ambil masa dlm 15minit jugak dari resort kami...  pastu tunggu punya tunggu, sbb guide kami kene tunggu semua pelancong yg menggunakan khidmatnyer, baru boleh gerak ke boat.. pesertanya pulak dari hotel lain2...  adalah lebih kurang 20minit tunggu, pastu dah ckup org kami bergerak ke boat...semangat masing2 dpt pegi ke boat, sekali tengok, mak aaiihh.. panjang betul boat kami....tapi best...


*tut-tut yg pickup kami....

 *checkpoint utk naik boat...


*kami dlm LONG TAIL BOAT... (klu naik speedboat kene tambah RM100 seorang...yg nie pon dah ok, santai2 jer...)

 *tup island 1st pulau kami sampai....

air laut time tu memang bergelombang, sbb guide kami bgitahu 5 hari lepas xboleh ke pulau2 sbb laut bergelora...so, nie tempias2nyer la... memang cuaca xmenentu skrg kat sini... pagi cuaca ok, masuk tghari ke petang hujan pon turun... berbalik kpd cerita td, dri tempat pelabuhan2 kapal tu ke pulau pertama kami iaitu TUP ISLAND ambil masa 30minit jugak...sampai jer 1 st pulau, WOW!!! cantiknya ciptaan ALLAH SWT kan... pantai bersih dan cantik....memang ramai pelancong2 luar dan dalam negara laa....

dari Tup Island kita boleh seberang pulau dengan berjalan kaki shj... sbb air tengah surut, klu tengah pasang memang xboleh lalu... best jugak, tapi kebetulan time tengah nak menyeberang tu, ujan turun...fuhhh...mencabar gak la, sbb makin lama makin lebat..takot gak..dengan ombak kuat lagi, aku time tu dah nak giveup dah sbb xlarat nak lawan air tu, kaki lemah.. ngeeee.. nasib ada Hubby...pengalaman yg best.... masa tu hati memang dah risau dah klu ujan lebat berterusan, elok je sampai tengah2 antaran pulau tu hujan dah berlalu pergi..kihkihkih.... mulalah aku berposing...tadi bukan maen lagi dah giveup..hujan xde terus cergas..hahahahhaha

*belakang tu la pulau yg perlu kami seberang kesana dengan berjalan kaki....posing dulu sblum hujan turun....

 **time nie ujan dah berenti..weeeee....

*ameekk kaww...lepas ujan naik segala ranting2 haa... nie dah nk sampai pulau seberang...

* kat TUP ISLAND, kat sini lah kami jumpa kawan baru bangsa India, en vijay dan isterinye... baru bape hari kahwin, dtg honeymoon..inai pon masih pekat... ^_^

sampai je pulau seberang, ade ala2 pondok makan, lunch kami disediakan disitu (termasuk dlm pakej)... dptlah makn ayam goreng yg sedap ngn sayur campur.... tengah syok makan tetibe ujan dtg lagi...ngeeee....orang kate ujan angin, angin tiup ujan tu pon berlalu ikot arah angin tu....
duk kat pulau tu dlm 40minit, pastu kami dibawa utk snorkeling... yeeeaaahhhh!!! xsabar nak berenang2 dengan ikan....kami snorkeling kat PULAU CHICKEN... pulau tu bentuknye mcm CHICKEN.. nak dijadikan cerita, sampai je tengah pulau tu, ujan dtg lagi..memang dah ckp kat Hubby xnak turunlah camnie, sbb ujannyer kasar2... pastu xnampak ikan pon... Hubby pon turun sorang, selang 3minit ujan dah berlalu, tanya lah Hubby nampak pape x?? dier ckp nampak ikan, aku pon follow la..tapi xlame, sekejap jer.. sbb rasa dah penat sgt nak maen air.... lat pualau kamisinggah  PODA ISLAND, kat sini bergambar jer... mood nk mandi dah xde, masing2 penat sgt dah.... adalah 20minit berenti, pastu gerak balik ke resort....best memang best...tapi kurang bernasib baiklah, sbb ujankan, pastu laut bergelora, air pon xberapa cantik..maybe next honeymoon kami akan dtg lagi ^_^

 **bibir u sexyla syg.... ^_^

*last pulau kami singgah, PODA ISLAND...